Tuesday 26 December 2017

Bakal Terbit : Ebook Kunci Asas Didik Anak

Kembara didik anak adalah kembara yang panjang. Suka saya mulakan kembara dengan berkongsi apa yang sahabat perhatikan pada cara Rasulullah S.A.W. Ada 4 tahap yang dapat kita belajar dari kata – kata Saidina Ali. Ia adalah contoh nyata bagaimana beliau melihat cara Rasulullah mendekati anak –anak. Supaya setiap diri dan jiwa tumbuh sejahtera dengan segala kebaikan yang ada dalam diri mereka.

4 tahap ini adalah:

Tahap 1(0 – 6 tahun)
Galakan asas pada tahap umur ini adalah bermain dengan mereka.

Tahap 2 (7-14 tahun)
Pada usia ini bermula proses disiplin anak. Mengajar adab.

Tahap 3 (15 – 20 tahun)
Ini pula tahap umur mendampingi anak sebagai kawan
Tahap 4 (21 tahun keatas)
Apabila anak mencapai umur 21 tahun, mak ayah lega untuk melepaskan anak pula meneroka hidupnya.

 Kunci Asas didik anak

Ada 4 kunci asas didik anak yang saya rumuskan dalam ebook ini. 4 kunci ini sebagai solusi mahupun tools untuk cabaran harian didik anak. 

Kunci asas didik anak adalah satu hasrat berkongsi kunci didikan berkesan. Berkesan bukan ertinya melihat tingkah laku anak – anak berubah serta merta dan tidak lagi berulang. Berkesan adalah satu usaha yang mak ayah buat dan memberi kesan buat jangka masa panjang. 

Ebook Kunci Asas Didik Anak (Edisi pengenalan)

Ebook ini satu usaha berkongsi kunci asas didik anak. Kunci Asas ini boleh mak ayah guna pada semua tahap ini. Sehingga mak ayah benar – benar yakin boleh melepaskan anak untuk hidupnya tika mencecah usia 21 tahun.

E-book kali ini, saya fokus pada anak usia 0-6 tahun. Tahap umur sebelum anak ke sekolah.
Sebelum anak mula bersekolah adalah peluang. Mak ayah bina tautan saling percaya antara mak ayah dan anak. Biar apa jua perkara baru anak dapat di sekolah, mereka pulang pada mak ayah. Kembali bercerita pada mak ayah.


Apa kata mereka yang sudah membaca ebook ini:


‘Salah satu bahan rujukan dalam prosess pembentukan anak anak.’

Dewasa ini, terlalu banyak dugaan bagi seseorang yang bergelar 'ibu bapa'. Bukan mudah untuk membentuk anak anak jika tidak mempunyai ilmu. Anak adalah anugerah ILAHI. Sebagai ibu bapa, kitalah yang mencorakkan setiap keperibadian mereka.

Ilmu sangat penting agar kita dapat membentuk anak anak kita.

Ebook hebat ini digarap dan diolah dengan penggunaan bahasa yang mudah untuk kita lebih memahami . Segala perkongsian yang bermanfaat dikongsi oleh penulis dalam aspek memastikan anak anak kita tidak tersasar.

Saya sarankan ebook ini harus dimiliki oleh setiap ibu bapa dewasa ini sebagai salah satu bahan rujukan dalam prosess pembentukan anak anak.

Syabas kepada puan Mardhiah Samsuri .

Semoga terus suksess.

 
 Ulasan oleh Rosnaini Jamaludin
http://belajarkraftresin.blogspot.my



‘Bakal memberikan impak yang besar dalam dunia keibubapaan’
Dalam ebook Kunci Asas Didik Anak garapan penulisnya Puan Mardhiah Samsuri, saya tertarik apabila beliau menulis, 'mak ayah respon, bukan react'. Ayat yang mudah namun membri makna mendalam dalam situasi mendidik anak pada hari ini. Tambahan pula, gaya penulisan beliau amat menyentuh hati dimana gayanya seperti seorang pakar motivasi sedang memberi nasihat kepada saya.

Saya juga tertarik dengan ebook ini kerana beliau ada menyatakan tentang ibu bapa yang perlu 'connect' dengan diri sendiri sebelum 'connect' dengan anak. Ternyata setiap topik dalam penulisan membuatkan saya terfikir semula bahawa menjadi ibu bapa bukanlah datang dengan manual lengkap. Ebook ini amat bermanfaat sebagai panduan kepada ibu bapa dalam mengingatkan kita bahawa tugas menjadi ibu atau abapa adalah anugerah Tuhan yang perlu kita galas dengan ilmu penuh di dada.

Tahniah Puah Mardhiah kerana terbit dengan ebook Kunci Asas Didik Anak ini yang saya percaya bakal memberikan impak yang besar dalam dunia keibubapaan.

Semoga Puan Mardhiah terus sukses!



Ikuti maklumat Ebook ini secara dekat melalui channel Telegram 
Kembara Didik Anak
Klik sahaja link ini: t.me/kembaradidik




 

Sunday 17 December 2017

Ebook Pengurusan Anak Istimewa

Tidak perkataan yang dapat saya luahkan untuk gambarkan rasa syukur yang tak terhingga! Sungguh. Saya sangat bertuah. Sungguh saya amat bersyukur. Ini juga tidak cukup untuk saya gambarkan rasa di hati!

Mungkin cinta pandang pertama. mungkin. Begitulah keterujaan yang saya rasa ketika membelek helaian Ebook Pengurusan Anak Istimewa.

sarat dengan kisah penuh Inspirasi. Sebelum itu, kita dibawa menjelajah dunia dan kehidupan anak - anak istimewa. Memahami latar keadaan mereka. Pasti membuka ufuk yang luas. Hadir anak - anak ini bersama kehidupan kita sebagai satu rahmat. Penuhi ruang hidup kita dengan warna dan makna.

Ebook ini boleh menjadi panduan buat ibubapa agar lebih peka terhadap perkembangan anak -anak. Bukan untuk melabel anak - anak. tetapi menjadi insan yang terus mampu mendokong perkembangan sihat sesuai keadaan mereka.

Ebook ini digarap dengan bahasa yang mudah kita faham. biarpun tiada latarbelakang bidang perkembangan kanak -kanak, ebook ini tetap mudah untuk difahami.

Terima Kasih dan Tahniah Puan Nazrina.

Ebook puan akan jadi antara bahan rujukan saya selagi saya berpeluang mengurus anak - anak. Moga setiap ibubapa mendapat manfaat dari Ebook Pengurusan Anak Istimewa, Sungguh setiap anak hadir dalam hidup kita adalah insan Istimewa pada setiap keunikan yang mereka ada.

Mardhiah Samsuri

Tuesday 12 December 2017

Ebook Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Teacher Rozzane dan bahasa Inggeris. Pengalaman yang positif digambarkan dalam bahasa mudah dalam Ebook Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris. Pengalaman menyeronokkan boleh dirasai pembaca sebagai pelajar mahupun pengajar. Kerana itulah pengalaman positif yang digarap oleh Teacher Rozzane dalam Ebook beliau.

Saya sebagai seorang ibu cukup bersyukur berpelunag merasai pengalaman Teacher Rozzane. Sebagai seorang ibu, saya pasti mahu pengalaman positif anak - anak rasai ketika belaja bahasa Inggeris. Pengalaman positif yang menyeronokkan untuk kelak mereka sedia menggunakan bahasa inggeris. baik untuk membaca mahupun sebagai bahasa komunikasi.

Ebook ini mudah garapannya. padat. dan paling penting menambah rasa teruja untuk belajar bahasa Inggeris.

Terima Kasih Teacher Rozzane.

satu Ebook yang mesti dibaca oleh semua ibubapa yang mahu anak lalui pengalaman menyeronokkan mempelajari bahasa Inggeris.

Sayabas Teacher Rozzane. Moga Ebook puan menjadi saham besar memberi manfaat untuk setiap mereka yang membaca Ebook ini.


Ebook Cara mudah belajar akaun

Akaun? Selalu menjadikan saya rasa tak mahu baca. tak mahu ambil tahu. Ia berkait pengalaman lalu, walau mampu skor dalam matapelajaran akaun di sekolah. Tapi sukar untuk saya bawa pada praktis kehidupan.

Ebook mudahnya belajar Akaun membuka ufuk baru. panduan mudah berkenalan dengan akaun dari sesi penggunaan dalam kehidupan seharian.

khusus untuk mereka yang menceburi bidang perniagaan. Ini antara Ebook asas yang wajib masuk dalam senarai rujukan.

tepat untuk mereka yang menjalankan perniagaan. Ebook ini akan memandu untuk anda dari asas hingga kepada urusan akaun mahupun cukai.

Terima Kasih Puan 





Ebook Anak Mudah Khatam Al-Quran

Ebook Anak mudah Khatam Al - Qur'an garapan Puan Aina Dayana sarat dengan inspirasi buat ibu yang masih mempunyai anak kecil.

Fasa awal kanak - kanak mereka perlukan suasana kondusif yang mendukung sambungan otak yang sihat. Perkongsian Ebook Anak Mudah Khatam Al-Qur'an sarat dengan saranan menjadikan suasana pembelajaran Al-Qura'an begitu kondusif.

Ebook ini juga mencetus rasa kesungguhan seorang ibu. berusaha tanpa lelah dan jemu. usaha yang tak putus agar anak cinta al-uran dan merasa seronok pada sesi Al-qur'am. Cetusan rasa anak teruja untuk sesi belajar Al-Qur'an menjadikan anak sentiasa menanti sesi ini.

Ebook ini sarat dengan pelbagai aktiviti. Khusus untuk anak yang belum sekolah. Pendedahan awal untuk anak mengenal Al-Qur'an juga dikongsikan.Aktiviti yang dikongsikan sesuai untuk tahap perkembangan anak - anak.

Ini salah satu lagi Ebook yang sangat membantu para ibu. bukan sekadar untuk anak khatam al-quran. malah anak senang hati dalam sesi pembelajran. kerana pendekatan sesuai fitrah anak.

Para ibu hanya perlu dapatkan Ebook ini. Garapan penuh inspirasi dan praktikal. Mudah. Terus boleh diamalkan.

Langkah pertama anda, dapatkan Ebook ini! Moga anda dapat memulakan perjalanan yang menyeronokkan dan sesi belajar Al-Qur'an terus menjadi sesi yang ditunggu anak - anak.

Tahniah Puan Aina. Sungguh Ebook ini memberi inspirasi!

Mardhiah Samsuri

Ebook Asas Jahitan Patchwork

Satu lagi Ebook yang menambah keterujaan saya sebagai peminat aktiviti menjahit. Menjahit merupakan hobi saya.

Ebook ini panduan yang mudah, jelas. susunan helaian ebook ini mudah untuk kita pelajari pelbagai jenis jahitan.

pembaca tidak akan terkapai - kapai. kerana setiap jenis jahitan ditunjukkan dengan tutorial.

sebelum tutorial, pembaca sudah diberi asas tentang bahan dan peralatan yang perlu digunakan.

sarat dengan panduan langkah demi langkah bergambar?

Ebook ini bakal memudahkan kerja anda yang tiada asas dalam jahitan Patchwork.

Apa lagi, Dapatkan Ebook Asas Jahitan Patchwork sebagai langkah anda terpandu dalam menghasilakn karya Patchwork. Biarpun sekadar satu hobi.

Syabas Puan



Ebook Kraft Resin

Seronok. Teruja. Itulah rasa hati apabila berpeluang membaca Ebook Kraft Resin. Saya memang amat meminati apa jua jenis kraft. Kraft Resin suatu yang baru buat saya.

Membelek helaian Ebook yang penuh dengan gambar yang sungguh cantik, comel dan pelbagai warna menambah keghairahan untuk mencuba kraf resin.

Langkah demi langkah diterangkan secara mudah dipandu gambar menjadikan ebook ini sungguh mesra untuk saya yang baru mengetahui tentang kraf ini.

Unik Ebook kraf Resin garapan Puan Rosnaini Jamaluddin. Unik kerana ia gabungan cara menghasilkan produk dan cara menjalankan perniagaan kraf resin. Tahniah! Puan Rosnaini Jamaluddin. Moga Ebook puan akan membantu ramai lagi yang mencari panduan menjalankan perniagaan kraf resin.

Buat mereka yang masih mencari peluang menjana pendapatan, ini antara Ebook yang dapat memberi panduan mudah,ringkas dan padat.

Apa ditunggu lagi, bertindak dan dapatkan Ebook yang sungguh mesra buat anda yang baru mahu bermula. Dapatkan Ebook kraf Resin sebagai langkah pertama anda.

Terus menempa kejayaan.
Mardhiah Samsuri

Bakal Terbit : Ebook Kunci Asas Didik Anak

Kembara didik anak adalah kembara yang panjang. Suka saya mulakan kembara dengan berkongsi apa yang sahabat perhatikan pada cara Ra...